Belaian Jiwa~oleh choir KL

Hello! We're CTChoir members...

Hello! We're CTChoir members...

31.10.07

For Sponsor

KERTAS KERJA
PASUKAN KOIR SMK CHINI TIMUR

1. PENDAHULUAN
Pasukan koir yang ditubuhkan di peringkat sekolah bertujuan untuk memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai penggerak minda ke arah peningkatan diri, muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan dan disiplin dalam diri


2 . MATLAMAT
Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. Semoga penubuhan pasukan koir dapat menyumbang tenaga terhadap sekolah dan masyarakat umumya pihak FELDA.


3. OBJEKTIF
3.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar

3.2 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.

3.3 Sebagai alternative mengisi masa lapang pelajar.

3.4 Memperkembangkan bakat pelajar

3.5 Memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar.

4. SASARAN
Pelajar S.M.K. Chini Timur


5. SUMBER TENAGA
5.1 Guru Penasihat koir

5.2 Jawatankuasa Pasukan Koir Sekolah


6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Ahli Parlimen Pekan

6.2 ADUN Chini

6.3 FELDA Wilayah Kuantan

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Pakaian seragam koir
7.1.1 50 orang X RM 100.00 = RM 5000.00

7.2 Peralatan muzik
7.2.1 Keyboard 1 X RM 2000.00 =RM 2000.00
7.2.2 Gitar 2 X RM 300.00 =RM 600.00
7.2.3 Tamborin 1 X RM 150.00 = RM 150.00
7.2.4 Marakas 1 X RM 150.00 = RM 150.00
7.2.5 Music stand 3 X RM 150.00 =RM 450.00
7.2.6 Conduktor Stick 1 X RM 50.00 =RM 50.00
Jumlah = RM 8 400.00


8.0 PENUTUP
Semoga sumbangan dan kerjasama daripada semua pihak dapat menjayakan penubuhan koir yang akan melahirkan modal insan yang seimbang dari segi kurikulum dan ko-kurikulum. Adalah menjadi hasrat agar penubuhan koir ini akan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat FELDA umumnya.

No comments: